Jual Syampu Pun Kena Hentam, Hanez Suraya Kecewa

Hiburan

Jual Syampu Pun Kena Hentam, Hanez Suraya Kecewa

Sedihnya menjadi Hanez Suraya. Apa saja yang dilakukan pasti akan dihentam, dikritik dan dicaci hanya kerana kontroversi yang pernah dilaluinya satu ketika dahulu. Senang cerita, kalau anda insan bernama Hanez Suraya, berbuka puasa dengan makan kurma pun akan menjadi satu kesalahan di kalangan para peminat. Mungkin kurma itu terlalu besar, atau tak kunyah kurma dengan elok sebelum ditelan. Pendek kata, apa saja perbuatan anda, pasti akan ada cacat cela di mata orang ramai. Itulah harga yang perlu dibayar menjadi Hanez Suraya.

hanez suraya

Advertisement

Baru-baru ini, Hanez Suraya telah tampil dengan produk terbarunya iatu syampu jenama sendiri. Satu langkah yang bijak dan harus disokong, lebih-lebih ia adalah produk orang Melayu kita. Namun disebabkan syampu tersebut dikeluarkan oleh Hanez, pelbagai kritikan dan hentaman telah dikeluarkan di laman sosial. Kecewa dengan hentaman tersebut, Hanez meluahkan perasaannya melalui Mstar Online:-

Mereka ini tidak boleh tengok kita senang. Ada sahaja yang nak dihentamnya. Sepatutnya kita jangan memandang rendah kepada orang lain yang ingin berusaha. Apa yang yang saya nampak golongan ‘keyboard warrior’ itulah sebenarnya tidak ada kehidupan sendiri sehingga sibuk mencari salah orang lain di laman sosial.

Selepas pelbagai kontroversi timbul, saya sepikan diri buat seketika. Banyak yang saya belajar lebih-lebih lagi mengenai perniagaan produk-produk kecantikan. Sejak menjadi duta Aurawhite lagi saya sudah berniat mahu mempunyai keluaran produk sendiri.

Apa yang dah berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup. Diakui memang isu yang timbul telah menggelapkan karier saya tetapi tidak semudah itu untuk saya perlu diam. Jangan biarkan orang tengok kita jatuh.

Tuhan sentiasa ada di sisi kita. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenarnya. Lambat atau cepat sahaja.

hanez suraya

Sabarlah Hanez. Inilah dugaan orang nak berniaga. Kalau dugaan ini dapat ditempuh, pastinya perniagaan anda akan berkembang besar. Mana tahu selepas ini syampu jenama Hanez Suraya akan menjadi pilihan wanita seluruh Malaysia. Semoga berjaya Abang Nara ucapkan. Pedulikanlah kata-kata nista orang lain. Yang penting, anda fokus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...