Hanez Suraya Kini Sudah Ada Shampoo Jenama Sendiri

Hiburan

Hanez Suraya Kini Sudah Ada Shampoo Jenama Sendiri

Hebat. Memang artis-artis wanita Malaysia ini semuanya kepala otak ‘business’. Ada yang jual jubah, ada yang jual kanta lekap, ada yang jual tudung dan yang terbaru, Hanez Suraya kini menjual shampoo dengan jenamanya sendiri. Satu langkah yang sangat bagus, bijak dan berwawasan pada pandangan Abang Nara. Rambut Hanez pun memang cantik lurus, sihat dan bersinar. Mungkin sebab itulah Hanez berani tampil dengan shampoo jenamanya sendiri.

hanez suraya

Advertisement

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada idea ‘business’ ini muncul selepas Hanez putus dengan Romie, Abang Nara suka melihat artis-artis kita tidak hanya bergantung pada tawaran lakonan dan nyanyian untuk mencari rezeki. Lakonan lama-lama bila dah tua dan tak cun orang tak panggil dah, menyanyi pun lebih kurang begitulah nasibnya. Dengan adanya ‘business’ sampingan sebegini, sekurang-kurangnya terjamin masa depan.
hanez suraya
Selamat maju jaya diucapkan kepada Hanez Suraya dan ‘business’ shampoonya ini. Boleh pergi jauh. Mungkin kena lebih banyak promosi di dada-dada akhbar, blog dan juga akaun media sosial. Semua itu boleh dibuat perlahan-lahan. Rancang dengan teliti terlebih dulu. Apa pun kalau anda berminat dengan shampoo pelakon ini, bolehlah lihat maklumat lanjut di Instagram Hanez Suraya.

P.S: Honda Civic Type R

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...