“Jual Gambar Bog*l, Video ‘Call’ Lucah Mengghairahkan” – Isu ‘DS’ Di Twitter, Pelajar Sanggup Papar Sisi Gelap Demi Duit

Kehidupan

“Jual Gambar Bog*l, Video ‘Call’ Lucah Mengghairahkan” – Isu ‘DS’ Di Twitter, Pelajar Sanggup Papar Sisi Gelap Demi Duit

Perkongsian seorang guru yang dikenali di Facebook, Cikgu Fadli Salleh meraih perhatian ramai warganet di aplikasi itu.

Menerusi hantaran yang dibuat semalam, dia menceritakan berkenaan perkara baru diketahuinya tentang pengguna Twitter.

Advertisement

Jelasnya, dia baru tahu tentang komuniti ‘DS’ di Twitter namun selepas puas mencari jawapan dia terkejut apabila mendapat tahu bahwa ia bermaksud ‘Dark Side’.

Rupa-rupanya, ramai remaja yang masih bersekolah atau merupakan penuntut universiti terutamanya anak-anak gadis akan memaparkan sisi gelap mereka.

Perkara ini merupakan sesuatu yang biasa dan sudah meluas di aplikasi Twitter di mana mereka ini akan membuat akaun palsu dan mendedahkan perkara tidak elok seperti hal berkenaan seksual.

Jual gambar bogel. Video call lucah dan mengghairahkan, teks lucah, bahkan ramai juga check in dan ada yang berakhir di ranjang.”

Menurutnya, tidak semua memang berniat menjual tubuh tetapi melakukan seks atas dasar suka sama suka. Namun, keesokan hari mereka buat perkara yang sama dengan individu berbeza pula.

Malah menurutnya, terdapat juga kes di mana wanita yang bergelar isteri menjadi ‘DS’ ini dan menghubungi bekas kekasih untuk berasmara serta merakamkan video lucah mereka.

Sampai tahap ni dah ke teruk generasi kita? Dah macam tak ada agama. Dan macam kat Amerika, Mereka bangga tunjukkan dark side mereka. Bangga bertukar pasangan, amal seks bebas dan songsang.”

Perkongsian itu mendapat pelbagai respon daripada pengguna Facebook di mana rata-ratanya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini sudah lama berleluasa di Twitter.

Mereka turut mempersoal jika kerajaan atau pihak agama boleh melakukan apa-apa tindakan untuk membendung ‘DS’ dan perkara jijik yang mereka lakukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Lokasi Pilihan Semasa S*ks" - Gadis Trauma Disuruh Pensyarah Jawab Kaji Selidik Berbaur Lucah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...