Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tampil memberi keterangan selepas teruk dikecam oleh netizen atas sebab sebuah hantaran video di akaun rasmi TikToknya mengatakan orang yang berharap pada kempen bendera putih sebagai seorang yang pemalas.
Menurut Dato’ Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, bagi menjana pendapatan ketika ini, setiap individu perlu menggunakan kreativiti tersendiri untuk memulakan perniagaan yang dapat menarik perhatian pembeli.
Mungkin anda tengok batu sungai tak ada nilai, tapi bagi saya sebagai usahawan ia sangat bernilai.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, sekarang ini ramai yang melahirkan anak, jadi dengan mengutip batu sungai yang elok ia dapat dijual untuk dijadikan sebagai tungku.
Pergi ambil batu sungai yang elok dan jual.. sekarang ni ramai yang beranak dan nak bertungku.
Sedia maklum, Dato’ Vida sebelum ini ada memuatnaik sebuah video dimana dia mengatakan PKP ini bukan satu alasan yang boleh digunakan oleh ramai untuk mendapat bantuan dan menagih simpati.