Bulan puasa adalah bulan dimana orang ramai akan mengungjungi pelbagai bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka mereka. Makanan yang dijual di bazar pula mempunyai banyak pilihan hingga rambang mata.
Namun begitu, sepanjang bulan Ramadan ini, ada sahaja isu yang timbul berkaitan makanan yang dibeli dan dikongsikan di media sosial. Kadang kala ia terlalu mahal, basi atau mengecewakan. Agaknya tahun ini makanan apa yang ‘problematic‘?
1. Tauhu bergedil inti karipap
2. Roti Canai tebar sendiri
3. Kebab ‘penyek’
4. Popia inti angin
5. Roti John daging cheese, tanpa daging
6. Popia inti tauge hangus
7. Puding Caramel keras
8. Air kulit tembikai
9. Tepung Pelita lepat
10. Ikan keli goreng ‘telur’
Oleh itu, untuk pembeli makanan dan minuman di bazar Ramadan, dinasihati agar melihat dan memastikan makanan tersebut berada dalam keadaan yang baik dan berlaloi dengan harga yang dibayar. Jangan jadi mangsa makanan bazar ‘problematic’!