October 16th, 2017

Mungkin ada yang dah bosan kenapa kisah penceraian Hafiz Hamidun dan Joy Revfa masih lagi hangat diperkatakan. Namun, kami tahu ramai juga yang ingin tahu perkembangan kes mereka kan?

Sebelum ini kita sudah mengetahui Hafiz nekad untuk berpisah begitu juga dengan Joy yang mengakui dirinya sudah serik dan tawar hati untuk hidup bersama Hafiz.

Terbaru, Hafiz menerusi protal Media Hiburan membuat satu pengakuan yang agak panas dengan dakwaan mengatakan Joy sering mengingkarinya dan turut menjatuhkan maruahnya sebagai seorang suami di media sosial.

Joy juga menyusahkan saya selepas bernikah kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang menyebabkan status penceraian mereka hanya selesai 10 Oktober lalu.

Hafiz juga memberitahu beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap Joy sekiranya wanita itu masih lagi mengeluarkan kenyataan tidak benar serta berunsur negatif terhadap dirinya.

Sumber Berita : Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...