Jom ‘Throwback’ 5 Drama Raya Sedih Yang Mampu Buat Penonton Menangis Teresak-Esak

Hiburan

Jom ‘Throwback’ 5 Drama Raya Sedih Yang Mampu Buat Penonton Menangis Teresak-Esak

Boleh dikatakan setiap kali Syawal menjelang, pasti akan ada satu atau dua drama raya yang mampu membuat hati korang ‘hancur’ susulan terlalu sedih.

Jom kita sama-sama ‘throwback’ 5 drama sempena Hari Raya Aidilfitri yang mampu membuat penonton meleleh air mata!

Advertisement

 

1. Ketupat Kering

filem sedih syawal

Filem ini mengisahkan seorang wanita warga emas, Mak Nen yang sering teringat akan momen-momen bahagia bersama anak lelakinya, Rahim.

Bagaimanapun, sejak Rahim berkahwin dengan seorang wanita kaya dan berpindah ke bandar, dirinya semakin menjauh dengan Mak Nen. Lakonan Fauziah Nawi dan Azhan Rani sememangnya memukaukan dan tidak mengecewakan.

 

2. Pondok Buruk

filem sedih syawal

Antara filem arahan Rashid Sibir yang setiap tahun akan ditayangkan dalam televisyen kerana jalan cerita yang sangat bagus dan memberi pengajaran kepada penonton.

Drama ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Mak Jah dan Pak Mat yang serba serbi hidup dalam kekurangan, dimana makan dan minum tidak menentu serta rumah yang diduduki juga sudah usang.

 

3. Ketupat Daun Kering

filem sedih syawal

Kalau dah gabungkan lakonan Rosyam Nor dan Fauziah Nawi, memang drama tersebut akan menjadi mantap! Drama terbitan Suhan Movies ini menceritakan tentang seorang ibu yang perlu menerima kenyataan apabila kesemua anak, menantu dan cucu meninggal dunia akibat terlibat dalam satu kemalangan.

Lagi menyedihkan apabila si ibu perlu menerima jenazah-jenazah di pagi hari raya.

 

4. Quran Buruk

filem sedih syawal

Lakonan jahat Wan Maimunah dalam filem ini sememangnya memberi kesan, bukan saja pada penonton, malah Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah turut berasa sedih apabila menonton filem raya ini.

Kisah mengenai seorang bapa alim ulama terpaksa hadapi ujian di dalam hidup kerana isteri dan anak-anak jauh terpesong daripada ajaran agama Islam.

 

5. Takbir Suci

filem sedih syawal

Filem yang mengisahkan kezaliman ibu saudara terhadap anak-anak buahnya yang merupakan anak yatim piatu. Boleh dikatakan siapa-siapa yang menonton filem ini pasti akan ‘membuak-buak’ rasa marah terhadap Raja Azura yang memegang watak sebagai Nora.

sampul raya unik
9 months ago

Walaupun Pelik & Unik, 5 Sampul Raya 'Rare' Ini Jadi Rebutan Ramai Tau!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...