Jom Beli Tiket Konsert Ne-Yo 7 Januari 2010 Nie, Tunggu Apa Lagi??

Jom Beli Tiket Konsert Ne-Yo 7 Januari 2010 Nie, Tunggu Apa Lagi??

[Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru. Sebelum tue pastikan korang beli dulu tiket Konsert Ne-Yo 7 Januari 2010 di Sunway Lagoon Surf Beach menggunakan TicketHotline.]

ne-yo in malaysia

Advertisement

Ingat lagi tak kami pernah promo pasal konsert Ne-Yo suatu ketika dulu? Kalau tak ingat, leh refer balik kat sini. Konsert Ne-Yo yang dibawakan khas oleh Xpax nie tinggal beberapa hari jer lagi (7 Januari 2010) sebelum menggegarkan Sunway Lagoon Surf Beach. Inilah masanya untuk anda merasai sendiri kehebatan dan kepanasan aksi Ne-Yo di Malaysia.

Kami nak ajak anda ramai-ramai membeli tiket konsert Ne-Yo nie sebab kami berani jamin anda akan tersenyum kepuasan menonton aksi Ne-Yo malam tersebut. Kena cepat beli sebab kami dengar tiket-tiket konsert Ne-Yo nie dah nak habis dah. Orang kata laku macam pisang goreng panas.

Camner cara nak beli? Senang ajer. Ada beberapa cara untuk anda semua mendapatkan tiket konsert Ne-Yo. Meh kami ajarkan.

ne-yo ticket

1. Pergi website Ticket Hotline. Tekan kat gambar Ne-Yo yang macam kat atas tue dan pilih jenis tiket yang anda nak. Ada tiket harga RM140 (Purple Zone), ada harga RM170 (Phlow Zone), ada RM260 (Phuture Zone) dan ada tiket RM1500 (VVIP Gentleman Zone).

ticket ne-yo in malaysia

2. Khas untuk pengguna-pengguna Xpax, korang semua boleh dapat tiket yang berharga RM140 dengan harga RM90 jer. Tapi sebelum tue pastikan korang buat macam gambar kat atas tue. Taip REGNEYO dan hantarkan ke 28881. Lepas dapat SMS confirmation, reload RM50 dan salin nombor yang dia bagi. Dan yang paling penting lepas tue terus pergi redeem tiket tue kat mana-mana Ticket Hotline punya outlets. Tawaran nie terhad kepada 5,000 orang yang terawal je tau.

3. Untuk mereka yang gunakan pakej U.O.X./S.O.X. pulak, anda cuma perlu taip REGFREETIX dan hantar SMS ke 228881. Selepas tue reload RM30 untuk dapatkan 2 tiket dengan harga cuma RM158. Cara dia pun sama jugak anda perlu redeem kat mana-mana Ticket Hotline punya outlets.

ne yo concert ticket

Kitorang dah beli dah tiket kitorang. Korang bila lagi? Jom beli jom.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...