Perbuatan mereka itu nyata mendapat tumpuan ramai kerana ia disaksikan oleh berjuta rakyat Malaysia di kaca televisyen juga mereka yang berada di Arena Of Stars, Genting Highlands.
Penonton dan peminat mula mengecam tindakan Johan dan berpendapat perkara tersebut tidak sepatunya berlaku meskipun mereka sudah sah sebagai suami dan isteri. Walaubagaimanapun, Johan dalam satu kenyataan berkata, beliau tidak ingin ambil pusing dengan kritikan atau anggapan orang ramai terhadap dirinya serta menyatakan ianya tidak salah jika beliau berbuat demikian.
Apa pun yang jadi, isteri saya ada di sisi saya selama 24 jam. Isteri saya orang pertama yang tahu segala apa yang saya capai.
Saya berkongsi semua dengan isteri saya, susah senang dan dia sentiasa ada di sisi.
Saya tidak kisah dengan tanggapan orang dan apa yang orang mahu kata sebab dia isteri saya, Jadi, tiada masalah melainkan jika kami belum berkahwin atau dia bukan isteri saya.
Bercium dikhalayak ramai sememangnya agak tidak manis dipandang apatah lagi kita penuh dengan adat ketimuran. Mungkin Johan tidak sedar sebenarnya kerana sudah teruja diumumkan sebagai pemenang. Apa-apa pun lain kali hati-hati ya, nanti tak pasal-pasal jadi perhatian lagi.