Johan Dan Ozlynn Nafi Dibayar RM160,000 Berlakon Teater

Hiburan

Johan Dan Ozlynn Nafi Dibayar RM160,000 Berlakon Teater

Baru-baru ini kecoh isu seorang selebriti dibayar RM160,000 untuk berlakon dalam sebuah teater yang bakal dipersembahkan tidak lama lagi. Rata-rata netizen mempertikaikan adakah selebriti tersebut terlalu hebat dan berbakat sehingga mendapat bayaran yang begitu tinggi?

johan teater rm160,000

Advertisement

Ketanya, selebriti itu meminta bayaran tinggi sebab mempunyai tanggungan yang besar. Pelbagai spekulasi timbul dan ada yang mengaitkan nama Johan Raja Lawak dan isterinya, Ozlynn adalah selebriti yang dimaksudkan memandangkan mereka kini sedang menjalani latihan untuk sebuah teater.

Bagaimanapun, Ozlynn menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai  tuduhan tidak berasas. Hanya sekadar spekulasi sahaja.

johan dibayar rm160 ribu teater

Kenapa tak tanya (pelakon) Janna Nick atau Syafiq Kyle? Sebab mereka berdua pelakon utama teater itu? Kami watak sampingan sahaja. Dialog tak banyak. Lagi pun suami saya hanya penyampai radio sahaja.

Warga maya boleh cakap apa sahaja. Kalau mereka cakap begitu, saya anggap ia satu doa. Mana tahu betul-betul mereka bayar kami RM160,000, ia rezeki anak.

johan ozlynnTerdahulu, apabila nama Johan dikaitkan sebagai artis yang dibayar RM 160,000, beberapa pihak mula mempertikaikan bayaran tersebut terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan bakat lakonannya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...