Bukan senang sebenarnya hendak berlakon teater, mental dan fizikal kena kuat. Biasanya pelakon-pelakon harus menjalani latihan berbulan lamanya untuk menjayakan sebuah teater. Mengasah bakat mereka untuk memberikan yang terbaik buat penonton nanti.
Baru-baru ini, ada khabar mengatakan seorang selebriti dibayar RM160,000 untuk berlakon dalam sebuah teater yang bakal dipersembahkan tidak lama lagi.
Menurut satu sumber lain, katanya selebriti itu meminta bayaran tinggi sebab mempunyai tanggungan yang besar.
Rata-rata netizen juga tertanya siapa agaknya selebriti tersebut? Bila dengar jumlah itu, mesti terbayang betapa hebatnya dia kerana mendapat bayaran yang begitu lumayan. Bukan biasa-biasa kata orang. Mungkin juga setimpal dengan watak yang diberikan dan segala penat lelah untuk berlatih?
Apa-apa pun sudah rezekinya untuk menerima bayaran tinggi dan harapnya hasil yang dipersembahkan nanti juga adalah yang terbaik serta boleh memukau penonton.

Miss Beauty
August 18, 2019 at 11:16 am
Johan kot, sb keluar kat webs metro dia cakap ‘Erma mampu bayar harga ditetapkan’. Wah2, asyukkkkkk
KUANG KUANG
August 18, 2019 at 11:13 am
Pelakon Taeter terbaru, Pawana Isabella. Maybe Janna Nick, Syafiq Kyle or Johan laa nie. Jeng jeng jenggggg
Anonymous
August 18, 2019 at 10:30 am
A galak
Anyn
August 18, 2019 at 9:57 am
Ozlynn