October 13th, 2011

Sebelum ini Watie Elite dikatakan agak keliru sama ada ingin meneruskan perkahwinannya bersama Joey. Kemungkinan besar akibat tekanan digelar perampas oleh bekas isteri Joey sendiri, Noraini. Namun baru-baru ini Joey telah membawa perkhabaran gembira tentang tarikh perkahwinan mereka berdua yang akan berlangsung pada Januari 2012.

joey watie

Joey mengakui yang dia dan Watie sangat bahagia sekarang.

Alhamdulillah, saya dan Watie adalah orang yang paling bahagia sekarang ini. Tidak terkira cinta saya pada dia, dan saya sangat bertuah kerana memiliki dirinya.

Dan Joey sangat gentleman kerana tidak langsung memarahi Watie berkenaan dengan statement kelirunya satu ketika dahulu:-

Sebenarnya sewaktu dia kata, dia keliru dengan perasaannya dan menangguhkan pernikahan, saya tidak marah sebab bagi saya, mana-mana perempuan sekalipun jika berada dalam keadaan sepertinya sekarang akan membuat keputusan sebegini.

Dan Joey mengesahkan yang mereka bakal berkahwin pada Januari 2012 dan memohon agar didoakan kebahagiaan mereka:-

Doakan kebahagiaan pada kami, dan doakan pernikahan kami di bulan Januari nanti berjalan dengan baik.

Kepada Watie dan Joey, semoga segala persiapan perkahwinan anda berjalan dengan lancar.


Comments are closed.

Loading...