Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Watie Elite Keliru Sama Ada Mahu Berkahwin Dengan Joey Atau Tidak

Mati-mati Abang Nara ingat Watie Elite dah selamat dinikahkan oleh Joey. Rupa-rupanya Watie sekarang tengah mengalami sindrom keliru sama ada ingin meneruskan hubungannya dengan Joey atau tidak. Tak apalah Watie, amiklah banyak masa sikit untuk berfikir. Bukannya benda kecik bab-bab kahwin nie. Tak gitu?

watie elite

Advertisement

Satu benda yang Abang Nara respek ialah Joey yang masih cool dan sabar menunggu kata putus daripada Watie. Kata Watie:-

Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya sedang buntu dan keliru sama ada ingin meneruskan hubungan dengan dia (Joey) ataupun tidak. oey tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi kebuntuan ini datang daripada diri saya sendiri mengenangkan tohmahan orang sekeliling yang turut membuatkan saya berfikir kembali sama ada ingin meneruskan hubungan atau tidak. Saya sebenarnya bertuah kerana Joey seorang lelaki yang baik dan memahami keadaan saya walaupun ketika ini saya belenggu tentang hubungan kami tetapi dia tetap memberi sokongan kepada saya.

Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau memang dah tertulis ada jodoh dengan Joey, tak lama lagi kahwinlah Watie dengan Joey. Semoga Watie cepat-cepat hilang kekeliruannya dan membuat keputusan yang tepat. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top