Joe Flizzow Pantang Lelaki Pakai Baju Melayu Dengan Kasut ‘Sneakers’

Hiburan

Joe Flizzow Pantang Lelaki Pakai Baju Melayu Dengan Kasut ‘Sneakers’

Penyanyi rap terkemuka, Joe Flizzow meluahkan rasa ralat dan ‘pantang’ apabila melihat lelaki yang mengenakan baju Melayu namun memakai kasut kasual (sneakers).

Joe Flizzow
2 minggu lalu

Terlalu Banyak Kasut, Joe Flizzow Derma 50 Pasang Sepatu Setiap Tahun Pada Rakan Dan Rumah Anak Yatim

Advertisement

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak,42, meminta orang ramai agar berhenti mencampuradukkan fesyen dengan budaya kerana tidak sanggup menyaksikan perkara seperti itu.

Saya paling pantang tengok lelaki berbangsa Melayu bersampin, lengkap bersongkok tetapi pakai sneakers (kasut kasual).

Ujarnya, setiap acara dan busana memerlukan kasut atau sepatu yang betul.

“Bagi saya, benda itu salah.  Bukan salah apa, tetapi baju Melayu adalah pakaian tradisi kita dan ia merupakan satu aspek yang sangat-sangat penting.” jelas Joe ketika ditemui sebuah media baru-baru ini.

Advertisement

Tambah penyanyi lagu Apa Khabar itu lagi, dia ingin memberi sedikit nasihat terutamanya kepada golongan muda agar tidak leka sehingga menggadaikan nilai tradisi atau budaya mereka sendiri yang dipelihara sejak turun temurun.

Cerita Joe, jangan hanya kerana ingin mengikut fesyen, pemakaian kasut atau sepatu seseorang itu menjadi tidak kena dan tidak mengikut keadaan dan suasana.

Joe juga menegaskan bahawa tidak perlu bermewah untuk kelihatan ‘senonoh’ dalam mana-mana acara asalkan ia sesuai digayakan mengikut acara yang dihadiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    November 24, 2021 at 10:24 am

    kenapa bagi saya muka dia seiras caprice ? muka yg tak suka nak senyum

  2. Anonymous

    November 24, 2021 at 9:43 am

    i tak kisah pun. w/pun kalau pakai kasut formal atau capal lagi nampak smart. tapi ikut keselesaan lah kan? klu sneakers je kasut cantik yg org tu ada, nak buat mcm mana? joe tak pantang ke tengok isteri x bertudung? tanya je… huhuhu

  3. Anonymous

    November 24, 2021 at 8:44 am

    Aku paling pantang tgk laki pakai rantai

  4. Anonymous

    November 24, 2021 at 8:34 am

    ikot keselesaan org la.. lain org lain selesenye. tu pn nk d jdkn cerita ke, terpulang pd individu la

  5. siti

    November 24, 2021 at 8:10 am

    habis tu pakai apa? selipar ke? ?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...