Terkejut kami mendengar khabar bahawa hubungan Yatt Hamzah dan suami akhirnya berakhir apabila beliau telah sah bercerai dengan talak satu semalam ( 25 Ogos) di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup pada jam 4.23 petang.
Berita tersebut di sahkan  sendiri oleh bekas suaminya, Abdul Mutalib Shukor menerusi satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada portal BH Online. Mereka telah berpisah secara baik dan mahu memaklumkan perkara tersebut agar tidak timbul sebarang fitnah pada masa hadapan.
Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih.
Rumah tangga mula bergoyah pada bulan Februari lepas dan Yatt sendiri telah memfailkan cerai terhadap Abdul Mutalib. Walaubagaimanapun, selepas berkunjung ke bumi Syria bersama suaminya itu, terdetik satu perasaan penyesalan di hati Yatt atas keputusan yang dibuat.
Selepas pulang dari Syria, mereka berdua mengambil keputusan untuk kembali berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka dan akhirnya membatalkan niat untuk bercerai dan sama-sama menunaikan ibadah umrah di Mekah pada bulan Ramadhan lepas.
Pasangan tersebut berkahwin pada 29 Mac 2009, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.
Meskipun mereka dilihat sudah mula bahagia kembali nyata jodoh Yatt Hamzah dan Abdul Mutalib tidak panjang. Mereka juga sudah cuba sehabis baik untuk menyelamatkan masjid yang dibina. Semoga Yatt bertabah dengan dugaan ini.