“Jiwa Saya Dah Rabak, Hati Dah Remuk” – Shuhada Dedah Adik Ipar Juga Bersubahat Dengan Hafidz Roshdi

Hiburan

“Jiwa Saya Dah Rabak, Hati Dah Remuk” – Shuhada Dedah Adik Ipar Juga Bersubahat Dengan Hafidz Roshdi

Kecoh sejak beberapa minggu lalu mengenai kisah kecurangan pelakon Hafidz Roshdi serta perlakuan keganasan rumah tangga yang dilakukan aktor tersebut terhadap isterinya, Nurul Shuhada.

Baru-baru ini, Shuhada ada mendedahkan bahawa adik iparnya turut terlibat dan bersubahat dalam segala penipuan dan kecurangan yang dibuat suaminya itu.

Advertisement

Saya ditumbuk, dikhianati, ditipu, dipermainkan dengan nama Allah, sedangkan adik dia sendiri bersubahat dan sebagainya.

Berikutan itu, Shuhada berasa luluh hati dan kecewa namun menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T bagi membantunya keluar daripada penderitaan tersebut.

Dalam pada itu, Shuhada juga memaklumkan bahawa dia tidak akan lupa dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan dirinya dan anak-anak.

Shuhada adik iparSumber : Instagram  

Terdahulu, Hafidz Roshdi dikatakan telah berlaku curang bersama seorang wanita bernama Athira Yuhada setelah pendedahan tersebut dibuat sendiri oleh Shuhada.

Tidak habis dengan itu, Shuhada juga dilaporkan telah ditumbuk berkali-kali oleh pelakon itu ketika mereka sedang berbincang dalam sebuah kereta bertempat di R&R Sungai Buloh.

Perkembangan terkini, polis dikhabarkan telah memanggil aktor berkenaan untuk siasatan lanjut.

Elisya Sandha
2 years ago

Dituduh Bergaduh Dengan Sheila Rusly, Elisya Sandha Bengang Diftinah - "Tolong Hormat Keluarga Saya!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...