Dituduh Bergaduh Dengan Sheila Rusly, Elisya Sandha Bengang Diftinah – “Tolong Hormat Keluarga Saya!”

Hiburan

Dituduh Bergaduh Dengan Sheila Rusly, Elisya Sandha Bengang Diftinah – “Tolong Hormat Keluarga Saya!”

Pelakon jelita, Elisya Sandha baru-baru ini meluahkan rasa berang terhadap seorang YouTuber yang memfitnahnya mempunyai masalah dengan ibu mentuanya, pengarah Sheila Rusly.

Dalam hantaran Instagram itu, Elisya memuat naik tangkap layar paparan skrin saluran YouTube itu yang menulis kapsyen ‘Sheila Rusly bergaduh dengan menantu? Elisya Sandha pindah rumah sendiri.’

Advertisement

Berikutan itu, pelakon drama Serpihan Sayang itu dilihat memberi teguran berbaur amaran dan meminta pengendali akuan YouTube  itu menghormati dirinya dan keluarga.

Saya tak faham dengan manusia bernama Cik Koci ni, saya dengan mentua gaduh? Tajuk tu pun dah salah, tolong jangan disebabkan nak tontonan tinggi tapi buat tajuk yang tidak benar!

Sesiapa pun Cik Koci ni, tolong buang tajuk yang salah tu ya. Hormati keluarga saya!

Terdahulu, menantu Sheila Rusly itu akhirnya telah berpindah ke kediaman sendiri bersama suami, Uzair Haqimy serta anak, Bunga Elhaq setelah 10 bulan tinggal bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Ayda Jebat
1 year ago

"Suara Tak Best Langsung" - Betta Fish Tak Layak Jadi Juara The Masked Singer, Ayda Jebat Pasrah Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...