April 7th, 2016

Jika anda mengikuti kes penceraian Jimmy Shanley dan Nursuhaila anda pasti tahu ia sudah berlarutan beberapa tahun.

Malah, Nursuhaila telah diarahkan untuk menjalani hukuman penjara selama tiga hari oleh Mahkamah Rayuan Syariah kerana didapati bersalah melanggar perintah mengenai isu lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka iaitu Zahra Rania Shanley.

Mungkin tidak berpuas hati, Nursuhaila mendakwa Jimmy tidak pernah memberi nafkah terhadap anak mereka.

Tidak mahu terus dipersalahkan, Jimmy bertindak untuk mempertahankan dirinya dan memuat naik resit-resit bukti pembayaran nafkah yang dibuat olehnya. Ramai yang menyokong tindakan Jimmy itu agar membuka mata pihak-pihak yang mengecam dirinya sebelum ini.

Namun ketika dihubungi pihak media, Jimmy nampaknya tidak mahu berkongsi mengenai isu berkenaan dengan lebih lanjut dan hanya ingin berkongsi kebahagiaan beliau bersama isteri baharu, Mariam Jamilah Abdul Jalil, bersama anak mereka, Hannah yang kini berusia 11 bulan.

Saya tidak mahu komen lagi perkara yang sudah berlaku. Apapun, Alhamdulillah, setiap hari saya sibuk menjaga Hannah. Jika terlalu bercakap mengenai perkara lain, takut nanti jadi macam tukul dan skru.

Sabar lah Jimmy mungkin ini adalah salah satu dugaan buat anda apa yang penting jangan biarkan perkara lalu menghalang anda untuk merasa bahagia bersama isteri baharu dan anak tercinta. InshaAllah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...