March 31st, 2016

Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam memerintahkan bekas isteri pengacara Jimmy Shanley, 36, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 30, menjalani hukuman penjara tiga hari mulai hari ini. Sebelum itu, mahkamah sama mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 28 Januari 2015 terhadap Nursuhaila Eliani yang mengingkari perintah berhubung lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka.
jimmy shanley

Bagaimanapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr Ibrahim Lembut mengurangkan jumlah penjara daripada tujuh ke tiga hari.Penghakiman yang dibacakan Hakim Rayuan Syariah Datuk Aidi Moktar menolak permohonan Nursuhaila Eliani untuk mengetepikan perintah komital berkenaan dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah sudah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri selain hukuman penjara itu juga tidak melanggar peruntukan undang-undang syariah Selangor.
jimmyNursuhaila Eliani diarahkan menjalani hukuman penjara hari ini di Penjara Wanita Kajang. Sumber Harian Metro.

 photo General Banner 1.jpg

Advertisement

PS: Kepada yang malas nak cari parking hujung minggu ni, jom kita beli-belah secara online di Best Buy World. Sempena hujung minggu, jimatkan duit minyak, parking dan segalanya di Best Buy World dengan diskaun sebanyak 70% untuk barangan kecantikan. Pelbagai jenama seperti SKII, Clinique dan macam-macam lagi. Jom kita singgah sama-sama!

Advertisement

Comments are closed.

Loading...