January 28th, 2015

Hakim Syarie, Mawardi Che Man telah mengarahkan hukuman penjara 7 hari ke atas bekas isteri Jimmy Shanley iaitu, Nursuhaila Eliani Suhaimy. Hukuman yang bermula hari ini itu kerana Suhaila dengan sengaja telah mengingkari perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak pasangan itu.

suhaila penjara

Untuk makluman, sebelum ini mahkamah telah memutuskan yang Jimmy Shanley mendapat hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu. Namun hak tersebut tidak dituruti oleh Nursuhaila dengan pelbagai alasan. Apa pun, sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Tunggu~~~~~~

UPDATE: Mahkamah menangguhkan hukuman itu sehingga jam 4 petang ini bagi membolehkan peguam Saadiah Din memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya.


Comments are closed.

Loading...