Jimat! Hanya Guna 2 Bahan Je Untuk Kurangkan Masalah Rambut Gugur

Kehidupan

Jimat! Hanya Guna 2 Bahan Je Untuk Kurangkan Masalah Rambut Gugur

Dalam kesibukan bekerja, pengurusan diri juga perlu dijaga untuk memastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih. Penjagaan rambut tak kira untuk lelaki atau perempuan akan sentiasa dititikberatkan lagi-lagi bagi wanita yang bertudung.

Masalah kulit kepala berbau, kelemumur mahupun rambut gugur menjadi salah satu masalah yang sering dihadapi. Untuk mengatasinya, korang hanya perlu menggunakan dua bahan yang mudah didapati untuk atasi masalah keguguran rambut ni.

Advertisement

8 years ago

7 Minyak Yang Boleh Melebatkan Rambut Dan Jambang Anda

Bahan-bahannya ialah beberapa biji limau purut dan santan asli.

Cara-caranya ialah korang perlu blend beberapa biji limau purut beserta dengan santan asli mengikut berapa banyak yang korang nak. Nak buat banyak kenalah blend lebih sikit kan ?

Setelah siap, korang perlu bekukan campuran tadi di dalam peti sejuk. Nak senang, letak dalam bekas ice cube supaya mudah untuk korang ambil nanti.

Setelah beku, pindahkan ke bekas yang bertutup untuk simpan campuran itu tadi.

Untuk cara pemakaiannya pula, korang perlu lumurkan pada bahagian kulit kepala selepas shampoo rambut. Amalkan tips ini dalam 2-3 kali seminggu dan korang boleh tengok hasilnya nanti.

Mudahkan! Mana yang nak jimat dan guna bahan-bahan asli tu boleh cuba cara ni.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...