7 Minyak Yang Boleh Melebatkan Rambut Dan Jambang Anda

Trending

7 Minyak Yang Boleh Melebatkan Rambut Dan Jambang Anda

Castor Oil

Advertisement

Antara minyak yang kaya dengan vitamin E, protein dan mineral. Castor oil mempunyai fungsi an-microbial yang mampu menyelesaikan masalah kelumumur di kulit kepala. Ia juga mempunya ricinoleic acid yang menghalang bakteria yang menyerang kulit kepala. Castor Oil juga membantu melembabkan rambut serta melembutkan rambut anda.

Olive Oil

Kaya dengan vitamin E untuk pertumbuhan rambut. Kandungan anti-oxidants yang tinggi sangat baik untuk rambut dan kulit kepala. Kandungan oleic acid di dalam minyak ini juga mampu mengekalkan kelembabpan rambut. Selain itu, ini juga kaya dengan bahan anti-inflammatory yang mampu membantu merawat kelumumur dan mengurangkan rambut gugur.

Sesame Seed Oil

Minyak semulajadi yang banyak digunakan dalam rawatan pertumbuhan rambut. Ia juga antara ramuan yang digunakan dalam serum dan hair tonic. Ia mampu merawat kelumumur dan mengawal jangkitan kulat pada suasana yang lembab. Ia juga kaya dengan Vitamin E untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Argan Oil

Minyak yang kaya dengan Vitamin E dan F untuk membantu merawat rambut yang rosak dan menaikkan seri rambut. Ia juga membantu merawat rambut yang bercabang. Cecair emas ini juga antara minyak yang terbaik untuk mengembalikan kesihatan rambut. Banyak product kosmetik di pasaran sekarang menggunakan Argan Oil sebagai bahan utama dalam product mereka.

Golden Jojoba Oil

Jojoba oil mampu membantu memulihkan dan menjaga kesihatan rambut dan kulit anda. Ia juga dapat membantu melebatkan rambut serta membantu pertumbuhan rambut baru. Selain itu, ia juga boleh memulihkan masalah kelumumur dan mengurangkan rambut gugur.

Virgin Coconut Oil

Merupakan minyak yang terbaik untuk rambut anda. Ia membantu menyihatkan, melembutkan dan membantu untuk mengekalkan warna rambut anda. Minyak ini juga bertindak sebagai conditioner semulajadi yang kaya dengan vitamin E dan antioxidants yang membantu merawat rambut rosak. Selain itu, ia juga mampu memyerap ke dalam follicles di kulit kepada dan membantu pertumbuhan rambut dan mencegah rambut kering. Khasiat minyak ini juga mampu mencegah rambut bercabang dan mampu mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Grapeseed Oil

Minyak ini merupkan pilihan yang tepat untuk merawat rambut bahkan jambang. Kaya dengan Vitamin E yang penting untuk pertumbuhan rambut dan kesihatan rambut. Protein, mineral dan lioleic acid yang terkandung di dalam minyak ini menawarkan pelbagai kebaikan untuk rawatan rambut anda. Ia mampu melawan kegatalan kulit kepada malah mampu membuatkan rambut bersinar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...