Aktres Diana Danielle dan Farid Kamil bersama peguam masing-masing dilaporkan sudah berbincang dan bersetuju mengenai perceraian, tuntutan nusyuz serta hak penjagaan anak yang difailkan sebelum ini.
Menurut Datuk Akberdin, peguam yang mewakili Diana, mahkamah hari ini mendengar hasil perbincangan daripada kedua pihak untuk keputusan permohonan aktres itu terhadap hadanah interim.
Sudah berbincang semua hal
Tambahnya, prosiding permohonan cerai yang difailkan Diana sebelum ini akan berlangsung Khamis ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Kedua-dua pihak sudah berbincang mengenai semua kes berkaitan antara mereka termasuk cerai. Jadi, satu perjanjian penyelesaian sudah disediakan untuk kedua-dua pihak memasukkan semua terma bagi menyelesaikan kes secara menyeluruh.”
Jelasnya lagi, jika diikutkan pada Khamis ini juga pihak Mahkamah Rendah Syariah akan meneliti semua hasil dapatan daripada laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan ketika itu juga Diana dan Farid akan maklumkan tentang perjanjian bersama mereka.
Sekiranya semua lancar maka proses cerai boleh diteruskan pada hari itu.”
Hampir selesai
Sementara itu, keputusan permohonan hak jagaan anak sementara masih berpihak kepada Diana tetapi hak lawatan Farid dengan anaknya juga berjalan dengan lancar.
Kata peguam yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan, pihak peguam ada berbincang bagi mencari penyelesaian secara menyeluruh membabitkan perceraian dan hak penjagaan anak.
Alhamdulillah, kita hampir sampai ke penghujung. Buat masa ini, sudah ada draf perjanjian dibuat. Cuma, ada beberapa perkara yang perbetulkan sedikit lagi.”