Dikatakan Makin Gembira Selepas Keluar Dari Hubungan Toksik, Diana Danielle Tak Salahkan Farid Kamil?

Hiburan

Dikatakan Makin Gembira Selepas Keluar Dari Hubungan Toksik, Diana Danielle Tak Salahkan Farid Kamil?

Umum mengetahui aktres Diana Danielle kini dalam proses penceraian dengan suaminya, Farid Kamil.

Diana kini dilihat semakin gembira dengan kehidupannya dan sering berkongsi aktiviti yang dilakukan ketika dia tidak terikat dengan komitmen kerja.

Advertisement

farid kamil diana
2023-07-25 15:25:33

Diana Danielle Dipersoal Siapa Jaga Anak Ketika Pergi Good Vibes, Farid Kamil Beri Respon 'Pedas'

Menerusi TikTok, Diana ada memuat naik video mempamerkan dirinya sedang melakukan latihan tarian di sebuah studio bersama pelatih.

Memakai persalinan serba hitam, Diana dilihat berlatih step tarian berlatar belakangkan lagu Billie Eilish, What Was I Made For.

Ramai yang memberi respon terhadap video itu dan ada yang berkata Diana atau mesra dipanggil Dee nampak lebih gembira selepas meniggalkan hubungan yang toksik.

Bagaimanapun, Dee sempat membalas komen tersebut dan berkata dia sama sahaja seperti dirinya yang sebelum ini serta tidak menyalahkan sesiapa.

Ok je lah sama je, saya tak menyalahkan sesiapa.”

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok