“Jika Ramai Tak Hadir Ambil Dos Penggalak Vaksin, Kemasukan Pesakit Di Hospital Akan Meningkat” – KJ

Berita

“Jika Ramai Tak Hadir Ambil Dos Penggalak Vaksin, Kemasukan Pesakit Di Hospital Akan Meningkat” – KJ

Seramai kira-kira 40 peratus individu yang mendapatkan temu janji dos penggalak vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK) tidak menghadirkan diri untuk mengambil suntikan tersebut.

antivaksin
2 years ago

"Takdir Yb Pun Di Tangan Allah" - Rita Rudaini Dan Zul Yahya Respon Kenyataan Khairy Jamaluddin

Advertisement

Perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun rasmi Twitternya baru-baru ini.

Menurutnya di dalam ciapan tersebut, jika pengambilan dos penggalak terutamanya dari kalangan golongan berusia terus-menerus rendah, kebarangkalian untuk jumlah kemasukan ke dalam hospital akan meningkat semula.

Pengambilan dos vaksin penggalak rendahSumber : Google  

Dalam pada masa yang sama, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dikenali sebagai KJ turut menasihati orang ramai untuk pergi mengambil dos penggalak vaksin jika menerima temu janji.

Pengambilan dos vaksin penggalak rendahSumber : Google  

Sekadar info, pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 telah bermula sejak 13 Ogos lalu di seluruh negara dan ia adalah untuk individu yang sudah divaksin bagi memastikan imuniti serta mengekalkannya untuk tempoh masa yang lama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter KJ

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...