Seramai kira-kira 40 peratus individu yang mendapatkan temu janji dos penggalak vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK) tidak menghadirkan diri untuk mengambil suntikan tersebut.
Perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun rasmi Twitternya baru-baru ini.
Around 40% of people getting their PICK booster appointments are not showing up for their jab. If booster take up is low, especially among the elderly and those with comorbidities, hospitalisation numbers will go up. This is for sure. If you get an appointment, take the booster.
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) November 10, 2021
Menurutnya di dalam ciapan tersebut, jika pengambilan dos penggalak terutamanya dari kalangan golongan berusia terus-menerus rendah, kebarangkalian untuk jumlah kemasukan ke dalam hospital akan meningkat semula.
Dalam pada masa yang sama, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dikenali sebagai KJ turut menasihati orang ramai untuk pergi mengambil dos penggalak vaksin jika menerima temu janji.
Sekadar info, pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 telah bermula sejak 13 Ogos lalu di seluruh negara dan ia adalah untuk individu yang sudah divaksin bagi memastikan imuniti serta mengekalkannya untuk tempoh masa yang lama.