“Jika Mara Ke Peringkat Akhir GV8, Mungkin Saya Akan Buka Topeng” – Bandi Amuk

Hiburan

“Jika Mara Ke Peringkat Akhir GV8, Mungkin Saya Akan Buka Topeng” – Bandi Amuk

Penyanyi rock, Bandi Amuk tidak menolak kemungkinan besar untuk membuka dan tidak lagi memakai topeng walaupun ia sudah menjadi sebati dengan dirinya sejak 23 tahun lalu.

Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Bin Jumat mengakui perkara tersebut sebenarnya sudah dipertimbangkan olehnya atas beberapa faktor sebelum ini.

Advertisement

Menurut Bandi, 57, seandainya dia berjaya mara ke peringkat akhir atau berada di tangga teratas dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), kemungkinan dia akan membuka topeng.

Sebenarnya, ada yang pernah tahu siapa saya. Sebelum ini pun pernah buka topeng, cuma tidak untuk program-program siaran langsung atau depan umum.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Fikirkan Boleh itu menjelaskan dia tidak mahu terlalu berharap untuk menjadi juara. Dalam umur begini, Bandi akui banyak benda yang menyekat diri dan kariernya untuk berkembang.

Disebabkan topeng, ada banyak perkara yang membuatkan saya terpaksa tolak.  Ini demi membuka lebih banyak peluang lain dalam bidang seni ini untuk saya.

Jelas Bandi, secara peribadi dia amat sayangkan karakter bertopeng yang sudah sinonim dengan dirinya. Namun, perlu bersikap lebih realistik jika mahu membuka lebih banyak peluang dalam kerjaya seninya.

Bandi Amuk
3 years ago

Beberapa Kali Dilamar Sertai Gegar Vaganza, Bandi Amuk Enggan Kerana...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...