Beberapa Kali Dilamar Sertai Gegar Vaganza, Bandi Amuk Enggan Kerana…

Hiburan

Beberapa Kali Dilamar Sertai Gegar Vaganza, Bandi Amuk Enggan Kerana…

Penyanyi kumpulan rock terkenal Amuk, Bandi mendedahkan bahawa dia sudah beberapa kali dilamar pihak produksi untuk menyertai pertandingan nyanyian tersebut namun menolak atas sebab-sebab yang tersendiri.

Ujar Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, dia mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebelum memasuki pertandingan nyanyian tersebut.

Advertisement

Jelasnya, dia menangguhkan hasrat tersebut kerana ingin memberi tumpuan kepada pengajian Al-Quran yang dimulakan sejak daripada tahun 2017 yang lalu.

Saya ambil masa tiga tahun lebih untuk khatam. Dalam tiga tahu itu pihak produksi ada call tawar saya masuk tapi saya cakap memang tak boleh. Saya tak mahu abaikan, malah saya mahu habiskan juga pengajian. Sebab bila saya belajar mengaji secara ‘talaqqi’ atau bersemuka dan kemudian khatam, saya rasa satu kepuasan.

Kata Bandi, dia mula membaca Al-Quran dengan permulaan Iqra dan muqqadam dari aras 1 hingga enam.

Ditanyakan mengenai bagaimana dia mula terdetik untuk memulakan pengajian Al-Quran secara bersemuka ini, Bandi berkata dia kini ingin mencari dan mula belajar mencintai akhirat setelah terlalu lama mengejar hal-hal dunia.

Sekadar info, Gegar Vaganza musim ke-8 bakal menemui penonton pada  21 November ini jam 9.00 malam di mana ia akan menampilkan artis-artis ‘otai’ lain seperti Aweera, Adibah Noor, Shidee, Suki dan ramai lagi.

3 years ago

"Rasa Sayang Nak Tinggal, Jadi Seronok"- Bandi Amuk Khatam Al-Quran Setelah 3 Tahun Tuntut Ilmu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...