“Jika Kanak-Kanak Susah Dijaga & Ganggu Jemaah Lain, Seeloknya Tidak Dibawa Ke Masjid” – Dr Zulkifli

Kehidupan

“Jika Kanak-Kanak Susah Dijaga & Ganggu Jemaah Lain, Seeloknya Tidak Dibawa Ke Masjid” – Dr Zulkifli

Menjadi kebiasaan ibu bapa yang mahu menunaikan solat sunat tarawih untuk membawa sekali anak-anak ke masjid namun beberapa kejadian yang tular mengundang kritikan ramai.

Sebelum ini tular rakaman CCTV memaparkan seorang kanak-kanak menarik kerusi seorang jemaah warga emas yang sedang solat hingga mangsa perlu membuat pemeriksaan di hospital.

Advertisement

tarawih

Turut tular, rakaman video diambil oleh orang awam yang berada di masjid di mana seorang kanak-kanak lelaki dilihat memanjat belakang badan wanita dipercayai ibunya dan turut memukul seorang jemaah perempuan lain.

Budak pukul jemaah
8 months ago

(VIDEO) Panjat Belakang, Tampar Jemaah Lain, Gelagat Kanak-Kanak Ganggu Solat Tarawih Jadi Tumpuan - "Biasalah Budak-Budak"

 

Tak perlu bawa ke masjid kalau susah dijaga

Susulan tular kejadian sebegitu, Datuk Seri Dr Zulkifli al-Bakri memberi nasihat sebaiknya ibu bapa tidak membawa anak mereka ke masjid sekiranya kanak-kanak itu susah dijaga sehingga mengganggu jemaah lain.

Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk dijaga serta mengganggu jemaah, maka aulanya tidak dibawa ke masjid.

tarawih

Dalam situasi yang berbeza, sekiranya ibu bapa membawa anak mereka namun bimbang akan berlaku apa-apa, dicadangkan agar mereka bersolat di tepi dinding iaitu pada hujung saf.

Kami syorkan dalam keadaan sebegini, ibu bapa bersolat di tepi dinding (hujugn saf) dan diletakkan anaknya di hujung sekali. Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak.

 

Ibu bapa pantau dan perhati tingkah laku anak di masjid

Beliau turut berkata ibu bapa perlu memainkan peranan untuk perhatikan tingkah laku anak-anak di dalam masjid serta mendidik mereka untuk menghormati masjid serta jemaah lain.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli juga menambah agar pihak masjid mengawasi kanak-kanak dengan akhlak yang baik seperti tidak menengking, tidak memarahi, mengasari atau memukul kanak-kanak itu.

Pamerkanlah akhlak yang baik serta tunjuk ajar supaya terjalin binaan kasih sayang antara ibu bapa, pihak masjid dan kanak-kanak itu sendiri.

dr zulkifli

Itulah nasihat dan penulisan Dr Zulkifli yang dicoretnya pada tahun 2016 yang turut diterbitkan di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Nasihat itu sudah tentu boleh diguna pakai sampai bila-bila oleh ibu bapa yang berniat mahu membawa anak-anak ke masjid tidak kiralah bila dan di mana.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : MuftiWP

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...