(VIDEO) Panjat Belakang, Tampar Jemaah Lain, Gelagat Kanak-Kanak Ganggu Solat Tarawih Jadi Tumpuan – “Biasalah Budak-Budak”

Kehidupan

(VIDEO) Panjat Belakang, Tampar Jemaah Lain, Gelagat Kanak-Kanak Ganggu Solat Tarawih Jadi Tumpuan – “Biasalah Budak-Budak”

Satu video menjadi tular di media sosial apabila gelagat seorang kanak-kanak sedang menganggu jemaah wanita mengerjakan solat menjadi bahan bualan netizen.

Tidak pasti ia dirakam di mana, video tersebut memperlihatkan seorang budak dalam lingkungan 6 hingga 8 tahun sedang memanjat badan seorang wanita yang sedang menunaikan solat secara berjemaah di surau.

Advertisement

Bukan sahaja memanjat badan, malah kanak-kanak itu dirakam memukul belakang seorang lagi jemaah berkali-kali.

Video tersebut kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya berang dengan tindakan kanak-kanak tersebut yang tidak terkawal dan mengasari orang sekeliling.

Netizen mempersoalkan keperluan ibu bapa  membawa kanak-kanak itu ke masjid atau surau kerana sudah pasti mengetahui sikap anak yang sukar dikawal seperti itu, namun tetap membawanya sehingga menganggu jemaah yang lain.

Antara contoh cara salah didikan dari mak pak yang terlalu manja kan anak plus takda ketegasan langsung sebab kan dia still budak budak.

Kalau dah tau anak tu xboleh control, boleh x jgn bwk. Ni bkn setakat menggangu tp menyakiti secara fizikal. Dgn org tua pn dia boleh buat mcm ni. Parents dont be selfish, terawikh boleh buat dkt rumah.

Rata-rata netizen meminta ibu bapa yang mempunyai anak-anak terlebih aktif dan ingin menunaikan solat terawih di masjid atau surau agar bergilir-gilir sahaja memandangkan ia mungkin mengundang rasa tidak selesa kepada jemaah yang hadir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Murtabak
1 month ago

Martabak Naik Harga? KPDN Maklum Sebab Bawang, Daging Import Makin Mahal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...