Jika Jumpa Lelaki Pilihan, Terus Kahwin Sahaja – Amyra Rosli

Hiburan

Jika Jumpa Lelaki Pilihan, Terus Kahwin Sahaja – Amyra Rosli

Maka beruntunglah bakal kekasih Amyra Rosli yang masih belum diketahui identitinya. Selepas gagal dalam percintaannya dengan Dazrin Kamaruddin, nampaknya Amyra telah belajar daripada kesilapan. Enggan lagi mengulangi kesilapan yang sama, Amyra memaklumkan akan terus berkahwin sekiranya sudah bertemu dengan lelaki yang disukai. Tak nak bercinta lama-lama. Bagi Abang Nara, ini adalah satu keputusan yang tepat, bijak dan harus dipuji.

amyra rosli

Advertisement

Sekarang ini ramai yang bercinta bertahun-tahun tapi kesudahannya kena tinggal, tak jadi kahwin, kekasih curang dan sebagainya. Semolek-moleknya kalau dah ada yang berkenan, terus je kahwin. Tapi kena ukur baju di badan sendiri dulu. Pastikan semuanya cukup, lebih-lebih lagi si lelaki. Kata Amyra Rosli:-

Apa yang telah berlaku kepada saya sebelum ini beri pengalaman dan menjadikan saya lebih matang dalam memilih teman hidup. Saya melalui kehidupan harian seperti biasa dan jika sudah sampai jodoh awal nanti pastinya tidak dapat elak.

Dahulu saya masih lagi ada sifat keanak-anakan. Sekarang saya mahu orang tahu bahawa saya sibuk dengan jadual kerja dan biarlah cinta itu datang sendiri.

Seperti wanita lain, pastinya ada perasaan ingin berkahwin dan hidup berkeluarga. Saya tidak mahu bercinta lama-lama. Jika dah jumpa lelaki pilihan yang saya suka nanti, terus kahwin sahaja

amyra rosli

Pasti ramai yang tak sabar menanti kelibat jejaka yang bakal berjaya mencuri hati Amyra Rosli. Pasti bukan calang-calang orangnya. Sama-saa kita tunggu. Sumber Mangga Online.

bamboii

P.S: Comel dan cantiknya Bamboo Bottle by Raef nie. Memang sesuai sangat dijadikan doorgift, makanan ringan dan perhiasan. Confirm tetamu yang yang datang majlis anda akan gembira kalau dapat cenderahati daripada Raef’s ini. Nak tahu lebih lanjut? Whatsapp ke 0111- 311–7632 atau LIKE Facebook Bamboo Bottle by Raef.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...