“Jika Ingin Membantu, Bantu Dari Segi Perbuatan. Bukan ‘Comment’ Dan ‘Complain'” – Elyana

Hiburan

“Jika Ingin Membantu, Bantu Dari Segi Perbuatan. Bukan ‘Comment’ Dan ‘Complain'” – Elyana

Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan perasaan susulan ujian yang dihadapinya ketika ini.

Menurut Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, dia hanya meminta sokongan ramai, bukan mengkritik kerana ia hanya merosakkan jiwanya.

Advertisement

Elyana, 34, berkata dia memang mahu mengamalkan pemakanan sihat, bersenam dan makan bermacam suppliment.

Saya dah sakit 10 tahun. Lebih 20 kali chemo, lebih 30 kali radiotheraphy. Apa yang saya tak pernah lakukan? Diet? Makan ubat? Rebus Daun? Berubat semua ceruk saya pergi.

Pelakon filem Dukun itu menjelaskan, beza kalau kita pernah jaga orang yang sakit dengan kita yang sedang mengalami dan berperang dengan sakit.

Benda yang anda tak terfikir boleh makan pun saya makan, macam-macam rasa saya telan juga untuk sihat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Elyana meluahkan bahawa ianya bukan satu perkara yang mudah buat seorang pesakit sepertinya untuk menjaga orang lain, termasuk diri sendiri.

Info tambahan, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 2011 tahun lalu. Kali pertama dia mendedahkan mengenai penyakit yang dialaminya itu adalah menerusi konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya.

3 years ago

"Elyana Menjadi Asbab Kekuatan Buat Ramai Rakyat Malaysia" - Ebit Lew

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...