Baru-baru ini timbul khabar angin bahawa pelawak Jihan Muse bakal berkahwin dengan kekasihnya pelakon Ku Hariz pada bulan hadapan. Walaubagaimanapun, Jihan menasihati agar tiada pihak yang mempercayai berita itu kerana ia tidak benar.
Terbaru, beliau telah mengakui ada membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini dan bukan pada bulan hadapan seperti yang hangat diperkatakan.
Bukan saya tidak mahu berkongsi sebab perancangan (berkahwin) itu memang ada, tetapi bukan bulan depan seperti yang diperkatakan itu. Jadual kerja saya sangat padat sekarang. Jadi saya tidak berani berkongsi sebarang tarikh dulu.
Buat Jihan, gosip yang beliau bakal berkahwin itu di anggap sebagai satu doa yang baik buat dirinya dan pasangan. Apa-apa pun, segala keputusan untuk melangsungkan perkahwinan akan di bincang bersama keluarganya terlebih dahulu.
Alhamdullilah, lapan tahun bercinta akhirnya mereka akan bersatu juga dalam satu ikatan yang sah. Harapnya segala perancangan di berkati Allah SWT dan semoga ia berjalan dengan lancar.