Sepasang suami isteri dari Dusun Sokatat, Pemalang, Jawa Tengah sanggup menyimpan jenazah anaknya yang berusia 14 tahun selama tiga bulan di rumah mereka.
Anak pasangan itu didakwa meninggal dunia akibat penyakit Tibi atau batuk kering sejak tiga bulan lalu.
Ketua Polis Moga, Dibyo Suryanto berkata, mayat anak pasangan itu sudah mereput dan berbau, selain jiran tentangga tidak menyedari kematian anak suami isteri tersebut kerana kedudukan rumah mereka yang terletak jauh antara satu sama lain.
Orang tuanya yakin anak mereka masih hidup mungkin kerana terlalu sayang dan tak boleh terima kenyataan bahawa remaja itu sudah meninggal dunia.
Difahamkan, mereka menyimpan jenazahnya bagi melakukan ritual untuk ‘menghidupkan semula’ anaknya.
Selepas beberapa kali dipujuk, suami isteri itu akhirnya bersetuju mengebumikan jenazah anak mereka.
Menurut laporan Kosmo, jenazah remaja itu selamat dikebumikan pada hujung minggu lalu sambil disaksikan kedua ibu bapanya.
Dalam pada itu, mereka juga diberikan sokongan psikologi untuk berdepan dengan kehilangan tersebut.