Ketagih Main ‘Online Game’, Lelaki Ini Sanggup Bunuh Sepupu Demi Telefon Bimbit

Dunia

Ketagih Main ‘Online Game’, Lelaki Ini Sanggup Bunuh Sepupu Demi Telefon Bimbit

Seorang mayat kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya sebelum ditemukan tersangkut di tebing tinggi di kawasan hutan di Wanayasa, Banjarnegara, Jawa Tengah.

Ketua Polis Banjarnegara, Hendri Yulianto berkata, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang merupakan sepupu mangsa ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Advertisement

Menurut Hendri, suspek mengalami masalah ketagihan bermain permainan video dalam talian, namun disebabkan telefon bimbitnya rosak, maka dia ingin mengambil telefon milik kanak-kanak malang itu yang dikenali sebagai Ryan.

online game

Suspek tiba-tiba mengajak Ryan pergi memancing dengan menaiki motosikal dan memintanya meninggalkan telefon bimbit.

Difahamkan, ketika dalam perjalanan, suspek memberhentikan motosikalnya lalu mencekik mangsa dan mencederakannya dengan parang yang disimpan di tepi motosikal.

polis

Suspek turut membuang parang tersebut bagi menghapuskan bahan bukti, selain menutup mayat mangsa dengan ranting kayu dan tanah.

Pada mulanya, suspek berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap mangsa, namun akhirnya mengaku membunuh kanak-kanak itu.

Menurut laporan Utusan, jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara seumur hidup.

birin
2022-01-14 12:02:24

Demi Mencari Duit Kahwin, Seorang Lelaki Sanggup Jadi Keldai Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan