Jenama Smartphone Ini Terjual 1 Unit Setiap 4 Saat Pada Tahun 2015

Hiburan

Jenama Smartphone Ini Terjual 1 Unit Setiap 4 Saat Pada Tahun 2015

Diwujudkan di Marseille, France pada tahun 2011, jenama smartphone Wiko bukanlah satu nama baru di Eropah. Walaupun hanya berusia 5 tahun, Wiko telah berjaya menempatkan diri mereka di dalam senarai Top 5 di dalam pasaran smartphone Eropah. Jualan Wiko pada tahun 2015 cukup mengkagumkan iaitu sebanyak 8 juta unit. Ini bermakna, setiap 4 saat, satu unit berjaya dijual. Memang sesuai sungguh dengan taglinenya iaitu “Game Changer”.

 photo 1.png

Advertisement

Kini Wiko sudah pun berada di Malaysia dan sedang melakukan promosi habis-habisan. Abang Nara dah pernah ceritakan dulu tentang Wiko Robby yang berharga hanya RM449 tetapi dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Kali ini, Abang Nara nak berkongsi tentang Wiko Ufeel dan Ufeel LITE pulak. Ini lagi canggih dan lagi awesome. Antara ciri-ciri dan spesifikasinya yang paling mencuri perhatian Abang Nara ialah:-

1. 5 fingerprints untuk 5 aksi

Kepoweran Wiko Ufeel dan Ufeel LITE yang paling awesome ialah kehebatan imbasan jarinya. Boleh scan 5 jari untuk 5 aksi yang berbeza. Contoh ibu jari untuk bukak Facebook, jari telunjuk untuk telefon bini, jari tengah untuk buka Instagram, jari manis untuk telefon mak/ayah dan jari kelingking untuk buka YouTube. Tak ke senang tue? Jimat masa pun jimat jugak.

 photo 2.png

 photo 3.png

2. Ada Wiko Ufeel dan juga Ufeel LITE

 photo 4.png

Kehebatan 5 fingerprints dan 5 aksi ini dibawakan ke Wiko Ufeel dan Wiko Ufeel LITE. Tak banyak perbezaan daripada segi spesifikasinya. Abang Nara dah try memegang kedua-duanya. Memang yang Ufeel LITE itu terasa lebih ringan. Sesuai untuk awek-awek yang suka letak handphone dalam bag.
Kedua-duanya pun mempunyai rekaan yang sama menarik.

3. Kamera belakang 13MP (Ufeel)/ 8MP (Ufeel LITE) dan 5MP untuk kamera selfie

Dilengkapi dengan setting panorama, wide, selfie dan fungsi flash untuk kedua-dua kamera, Wiko Ufeel punya gambar memang dijamin kualitinya. Sekali tengok nampak macam profesional pulak yang tangkap. Muka anda yang dah cun tue pasti akan tampak lebih cun dengan bidikan daripada kamera Wiko Ufeel dan Ufeel LITE

4. Rekaan yang nampak premium

Dengan rekaan yang diinspirasikan oleh pereka Perancis, Wiko Ufeel nampak sangat premium dengan metal frame dan metal finish pada bahagian belakangnya yang unik, ala sandstone effect. Gabungan warna yang bold dan lain daripada lain menyerlahkan lagi keunikan Ufeel LITE. Tak adalah sama je warna dengan smartphone-smarpthone lain di pasaran. Sekali sekala tampil berbeza apa salahnya kan? Susah pulak nak pilih mana satu kan?

 photo 5.png

5. Spesifikasi yang amat awesome

Wiko Ufeel dan Ufeel LITE menjanjikan kepantasan maksima untuk para penggunanya. Abang Nara masih dalam proses mencuba smartphone ini sepanjang minggu ini. Setakat ini memang tak ada stuck, tak ada delay dan semuanya bergerak sangat smooth. Antara spesifikasi yang mencuri perhatian Abang Nara ialah:-

1. Skrin 5 inci HD dengan teknologi CABC yang mengindahkan lagi segala apa yang anda tonton
2. Dijana dengan prosessor Quad Core 1.3GHZ, confirm laju tak ingat
3. Ada 4G LTE untuk kelajuan Internet tertinggi
4. Menggunakan Android Marshmallow 6.0 jadi sentiasa up to date UI nya
5. Dual Sim untuk memudahkan korang tukar-tukar nombor telefon

 photo 6.png

finishing sandstone yang membuatkan Abang Nara tertarik dengan model Ufeel ni

6. Harga yang super duper berbaloi
Berapa korang rasa harga Wiko Ufeel dan Ufeel LITE nie? RM1,500? RM2,000? Ish, ish, ish. Walaupun memberikan fungsi terbaik, rekaan premium, kualiti awesome, kedua-dua smartphone Ufeel punya harga sangatlah berbaloi. Nie harganya:-

 photo 7.png

Wiko Ufeel – RM699 (termasuk GST)
Wiko Ufeel LITE – RM569 (termasuk GST)

Murah gila kan? Memang terasa nak sambar satu terus kan? Tunggu apa lagi? Maklumat lanjut boleh layari my-en.wikomobile.com. Jangan lupa untuk LIKE Facebook Wiko Malaysia sebab banyak lagi ciri-ciri awesome smartphone ini diceritakan dengan lebih terperinci di sana.


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...