June 1st, 2016

Pejam celik pejam celik seminggu lagi dah nak puasa dah. Pantas sungguh masa berlalu. Selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri akan menjelma. Mesti semua excited kan? Confirm macam-macam perancangan untuk hari raya kali ini dah bermain di minda korang kan?

wiko robby

Abang Nara dan family di hari raya tahun lepas

Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa bagus sekarang ini, kita kenalah berjimat cermat dalam merancang perbelanjaan. Raya raya jugak, tapi janganlah sampai lepas raya makan mee segera je. Kena plan baik-baik punya. Jadi di sini Abang Nara nak suggestkan beberapa persiapan yang anda boleh lakukan dengan RM2,000 sahaja.

1. RM500 baju raya untuk bini dan anak-anak (baki RM1500)

Sebagai seorang lelaki, kita tak perlu nak berhabis sakan beli baju raya untuk diri sendiri. Pakai baju tahun lepas pun dah cukup. Namun untuk anak bini, kenalah sediakan baju baru untuk mereka. RM500 sudah mencukupi sekiranya anda rajin untuk turun ke Jalan TAR yang cukup terkenal dengan baju-baju raya yang murah dan berkualiti. Nak lagi jimat? Pastikan anda ke Jalan TAR ketika malam raya. Diskaun yang diberikan khabarnya mencecah 90%. Nak habiskan stok la katakan.

2. RM500 untuk servis kereta balik kampung (baki RM1,000)

wiko

muka ceria nak balik kampung

Servis kereta sebelum pulang ke kampung adalah satu perkara wajib yang harus dilakukan. Kang tak pasal-pasal breakdown kat highway. Selalunya servis tak adalah sampai RM500. Namun lebihan baki tersebut bolehlah digunakan untuk beli Smart Tag dan topup Touch N Go. Senang sikit tak payah bersesak-sesak kat tol nanti. Tak gitu?

3. RM500 untuk beli smartphone Wiko Robby (baki RM500)

Wiko Robby gold yang cukup menggiurkan

Pagi raya pasti kita akan tampil hensem, cantik, bergaya, berseri-seri, kacak, menawan dan jelita. Kenalah abadikan memori kehenseman dan kecantikan tersebut dengan menangkap gambar sebanyak yang boleh. Selfie sudah tentu satu kewajiban untuk dikongsikan di Facebook dan Instagram. Tak perlu beli smartphone yang beribu-beribu. Cukup dengan Wiko Robby yang berharga HANYA RM449. Abang Nara dah beli dah sebijik. Hehehe.

wiko

mestilah beli warna gold kan. Bergaya sikit di pagi raya

Wiko Robby ini adalah “French designed” smartphone yang didatangkan dengan kamera belakang 8 mega piksel dan kamera selfie 5 mega piksel. Confirm semua gambar yang akan diambil di hari raya nanti cun melecun. Kalau korang jenis suka layan video dan movie, Wiko Robby dilengkapi dengan dual stereo, audio 3D yang menjanjikan bunyi awesome. Skrin pulak 5.5 inci. Cukup besar untuk layan blog BeautifulNara nie macam yang Abang Nara buat kat bawah.

wiko

skrin besar 5.5 inci puas hati nak baca apa-apa pun

Lagi best Wiko Robby ini boleh masuk 2 sim kad di dalamnya. Jadi tak perlu lah nak beli sampai 2 biji smartphone. Satu pun dah cukup. Laju pun laju jugak sebab Wiko Robby dijana dengan Android 6.0 dan juga prosessor quad core 1.3GHZ. Memang power la spesifikasi smartphone nie. Itu yang Abang Nara tak percaya bila ia dijual dengan harga RM449 je. Berbaloi-baloi sangat.

wiko

apa yang bakal anda dapat apabila membeli Wiko Robby

Tapi kalau anda dah ada smartphone yang cukup bagus, tak perlu lah nak beli Wiko Robby nie. Kena jimat cermat. Namun kalau terasa nak hadiahkan diri sendiri telefon baru sempena raya, silalah masukkan Wiko Robby dalam salah satu senarai shortlist anda. Memang cukup berbaloi dengan harga RM500 yang ditawarkan. Maklumat lanjut boleh layari my-en.wikomobile.com. Jangan lupa untuk LIKE Facebook Wiko Malaysia sebab banyak lagi ciri-ciri awesome smartphone ini diceritakan dengan lebih terperinci di sana.

4. Duit raya RM500 (tak ada baki dah)

Tak meriah rasanya hari raya tanpa memberikan anak-anak kecil duit raya. Budak-budak sekarang nie pun demand tinggi. Duit raya kalau boleh taknak seringgit dua nie. Tapi janganlah kita perabiskan sampai beribu-ribu ringgit untuk gembirakan hati budak-budak. RM500 dah cukup dah. Sorang bagi RM5 dah boleh bagi 100 orang. Tak gitu?

Itu sahaja 4 persediaan hari raya yang Abang Nara rasa boleh dilakukan dengan RM2,000. Kalau anda jenis pandai berjimat cermat, pasti lagi banyak yang boleh disediakan dengan wang sebanyak ini. Kongsikan pendapat di ruangan komen. Mana tahu korang ada idea yang lebih bernas. Tak gitu?



Comments are closed.

Loading...