Jenama Pakaian Popular Dituduh ‘Dera’ Pekerja, Pelanggan Jumpa Mesej Bantuan Dekat Label Baju

Kehidupan

Jenama Pakaian Popular Dituduh ‘Dera’ Pekerja, Pelanggan Jumpa Mesej Bantuan Dekat Label Baju

Baru-baru ini satu jenama terkenal yang menjual pakaian dengan harga murah telah dituduh mengeksploitasikan tenaga pekerja oleh kerana pelanggan terjumpa mesej meminta bantuan dan perkara itu ditularkan di media sosial TikTok.

Oleh kerana jenama tersebut terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara, orang ramai mula meminta untuk memboikot jenama berkenaan kerana penderaan yang dilakukan kepada pekerja.

Advertisement

Dalam video yang dikongsikan, ramai pelanggan yang terjumpa mesej-mesej meminta bantuan seperti di label-label pakaian membuatkan ramai mula berasa ragu dengan syarikat itu.

Ada juga perkongsian di media sosial lain menerangkan bahawa syarikat itu hanya memberi cuti kepada pekerja sekali dalam sebulan dan suasana dalam bangunan yang tidak mempunyai pintu keluar kecemasan, tiada tingkap, pengudaraan yang teruk dan gaji mengikut item yang dibuat.

 

Sehubungan perkara itu, ramai yang mula cuba untuk tidak meneruskan pembelian di syarikat itu kerana berasa simpati dengan nasib pekerja-pekerja di situ.

pekerja
3 years ago

(VIDEO) "Aku Respect Kau Bro" - Nampak Pekerja Bawa Anak Ke Tempat Kerja, Netizen Puji Majikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...