Jemaah Haji Akan Mula Berangkat Pulang Pada 24 Jun, Operasi Haji 2024 Dianggap Berjaya

Kehidupan

Jemaah Haji Akan Mula Berangkat Pulang Pada 24 Jun, Operasi Haji 2024 Dianggap Berjaya

Operasi Haji bagi Musim Haji 1445H/2024 yang bermula pada 9 Mei 2024 dikhabarkan berjaya dengan cemerlang berkat usaha bagi persediaan segala urusan untuk melaksanakan urusan haji tersebut.

Hampir semua jemaah selesai haji

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar dalam laporan Harian Metro,  kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia berjaya melaksanakan ibadat haji mereka dengan lancar kecuali 14 jemaah haji yang meninggal dunia, manakala dua jemaah haji tidak dapat berwuquf kerana memerlukan rawatan di Hospital Arab Saudi.

Advertisement

Daripada jumlah itu, seramai 12,518 jemaah atau 52 peratus daripada kira-kira 24,000 jemaah Muassasah memilih untuk melakukan Nafar Awwal sudah meninggalkan Mina semalam.

 

Dari segi pergerakan jemaah haji yang melaksanakan Nafar Thani, semua jemaah sudah sampai di Makkah pada tengah hari semalam.

Difahamkan, para jemaah akan mula berangkat pulang bermula 24 Jun ini untuk kembali ke tanah air.

Insya-Allah, jemaah haji kita akan mula berangkat pulang bermula 24 Jun 2024 dan penerbangan akhir dijangkakan akan berlepas pada 20 Julai 2024.

operasi haji 2024

Petugas haji bertungkus lumus

Di samping itu, Mohd Naim turut mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas haji yang membantu memastikan ibadah para jemaah berjalan dengan baik sepanjang tempoh tersebut.

Barisan petugas haji Malaysia yang bekerja tidak mengira hari, berkorban masa dan tenaga, meninggalkan keluarga tersayang untuk menyantuni duyufurrahman inilah yang kita gelar ‘wira yang tidak didendang’.

 

saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas atas komitmen petugas haji. Semoga Allah memberikan ganjaran berlipat ganda dan mengurniakan kalian dengan haji mabrur.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 weeks ago

Tular Video Banyak Mayat Jemaah Haji Terbiar di Mekah, Meninggal Akibat Cuaca Terlalu Panas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...