Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jelas Telah Melanggar SOP..” – Pihak Polis Siasat Aktiviti Santai Neelofa Dan PU Riz Di Langkawi

neelofa langkawi

Sepanjang minggu lepas, kehadiran Neelofa dan PU Riz ke Pulau Langkawi telah mengundang tanda tanya orang ramai.

Meskipun disahkan mempunyai kebenaran untuk merentas negeri atas urusan kerja, namun beberapa gambar mereka bersiar-siar dan melakukan aktiviti popular di kepulauan itu membuatkan ramai yang terus sangsi.

Advertisement

Terbaru, usahawan wanita tersebut dan suaminya dilaporkan akan dipanggil untuk memberikan keterangan berkenaan gambar dan video yang tular di mana mereka dilihat bersiar-siar di Langkawi.

neelofa langkawi

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mereka mendapati pasangan tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan foto dan video tersebut yang dimuat naik di media sosial.

Advertisement

“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

Mengikut prosedur yang sepatutnya pihak polis lakukan, Neelofa dan PU Riz akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.

“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????? (@lofa.page)

Tambahnya lagi, pegawai akan mengenal pasti adakah aktiviti yang dilakukan mereka berdua itu adalah sebahagian daripada urusan perniagaan selebriti terbabit.

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja… jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melanggar SOP. Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).”

Semoga siasatan dijalankan dengan telus.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. anon

    April 5, 2021 at 10:32 am

    kak lopak jln cam terkengkang skit lol

  2. Smartbird

    April 4, 2021 at 11:12 pm

    Duit saman yang terkumpul dari melanggar SOP semua termasuk acara nikah diGrand Hyatt boleh disalurkan sebagai insentif pegawai Polis Selangor yang penat lelah dalam menjaga dan mengawal keselamatan rakyat disana.

  3. Anonymous

    April 4, 2021 at 7:34 pm

    tau xpe org lain pnye la sekat nafsu nk bcti ko bleh je sntai2 bcti.. keja knon.. phui la hajh lopak

  4. Anonymous

    April 4, 2021 at 3:31 pm

    Bukak la 100 kertas siasatan pon… sedar2 dah tahun2030..lembap

    • Dida

      April 5, 2021 at 10:23 am

      Ye betul tu x habis2 nak siasatnye. .yg artis plok asal nikah je…x sabo nk berbln madu. …alasan keja keja. ..naik meluat la. ..klau orang awam kelam kabut samannye. ..huh

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top