March 30th, 2012

Sebelum ini Abang Nara ada menulis tentang lirik lagu Bawaku Pergi yang dikatakan mengalakkan remaja lari daripada rumah. Nampaknya isu ini telah pun sampai kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menentukan pengharam lagu ini.

lagu bawaku pergi diharamkan

Lagu yang dinyanyikan oleh Zizan Raja Lawak dan penyanyi baru Kaka ini dikatakan mengandungi mesej yang agak tidak sesuai kepada mereka yang mendengarnya. Namun apabila diminta untuk mengulas isu ini, Zizan berkata kepada portal Murai:-

Ia hanya lagu sahaja untuk hiburan pendengar dan bukan ada maksud nak menghasut remaja untuk lari dari rumah. Saya rasa orang kita sekarang bijak dan tidak sebodoh itu menilai lirik lagu saya itu kerana ia hanyalah sebuah lagu dan cerita fantasi percintaan. Kebiasaan lirik sebuah lagu itu adalah angan-angan dan fantasi seseorang, sama juga seperti contoh lirik ‘ku menunggumu seribu tahun’ tapi realistik atau tidak lirik itu dengan kehidupan kita? Samalah dengan lirik lagu ini. Tak mungkin dengan lagu sahaja boleh mempengaruhi seseorang. Kalau begitu bagaimana pula dengan filem-filem Gangster dan Rempit pula? Tidak semestinya lepas orang menonton filem itu terus mereka melakukannya kerana ia hanya sebuah filem untuk hiburan sahaja

Sementara itu pencipta lagu Bawaku Pergi iaitu Malique Too Phat berkata kepada wartawan Mstar yang lirik lagu tersebut adalah imaginasi dirinya untuk bercuti bersama isteri, Melissa Maureen Rizal ke Bali, Indonesia. Kata Malique:-

Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika pihak yang kurang matang yang mendengar lagu saya bertindak bodoh, itu bukan hal saya.Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Yang patut diharamkan ialah orang yang mengusul perkara ini.

Apa pendapat anda?


125 responses to “Jawatankuasa Khas Tentukan Pengharaman Lagu Bawaku Pergi”

  1. Anonymous says:

    Bg sya, memg akui wpun bnyk pkara krajaan x haram kan yg mana ptt mereka haram kan, so jgn lah slh kan krjaan utk haram kan lagu ni pula…selagi apa2 pkara yg baik utk mcegah brlaku nyer kpd pkra kburukan, kt selaku org islam kena sokong.. Jangan pkir ikut fikiran sndiri, tpi fkir lah ikut agama…Skali dgr lirik lagu ni memg mgalakkan dak2 remaja lari dari umah. .Org selalu ckp & guna alasan, x semesti nyer, dgr lagu ni, trus remaja lari dari umah..Tpi, dalam Islam ada kaedah Saddu Zarai’” (menutup jalan kejahatan).

  2. inspekta says:

    mula2 aku dengar lagu nie…aku takderlah kaji sgt lirik dier,coz aku look into positif site..but then biler beautiful nara nie provoke cakap lagu nie galakkan remaja lari umah,aku terfikir gak…skang aku tgk beutiful nara nak sided artis pulak,hhhmmmm…sian jadi penulis blog macam ne,baling batu sembunyi tangan kat belakang….

  3. skora says:

    kalo cover kene ban x? haha.. btw.. check this out~ exclusive from UK~

  4. qiss says:

    ntah hape2 arr… sblom ade lagu ni pon ramai gak bbudak mude lari umah, nak salahkan lagu ler plak, padahal bbudak tu yg tergedik2 lari umah, lagu lak disalahkan.. salahkan ler mak apak bebudak tu.. toiiiii tol

  5. mmg ptt haram pun says:

    pada aku mmg ptt HARAM pun.. xkisah la tu lagu ko wat tuk bini ko ke pe ke.. tp pikir la impak die d masa hadapan…. sorry to say… dak2 muda zaman skang ni BANGANG!! bkn cam zaman dlu2 xde nk ambek port bab2 remeh cam ni… skang kalo dgr je mula la nk ikot.. mudah sgt tepengaruh… n aku sgt yakin lyric tu leh ajak dak ni lari rumah pun… so mmg muzik ko bagus.. yg selama ni maliq cipta lagu hebat2 jaa..tp ni lyric die mmg pelik pun!!!… so mmg ptt haram kan je.. sorry bro… i don’t trust this youngster now days!! i know u can wrote something better next time

    • tutu says:

      Alah nasyid dlu xder pn remaja ikot..aku tgk mkn rmi yg seksi ade lar…
      ke remaja BANGANG skang ni nk lagu cane br sdr diri…
      lau bodoh lg hukum sula je la senang…(ayt geram..jgn kutuk aku dh..hehe)
      lyric pelik pn ade org paham ke…hmmm xtau ler remaja skang ni suka benda pelik2…lagu suh rakam ko wat benda BODO pn xder dgr tp berlambak gk cter…

Loading...