March 3rd, 2012

Boleh tahan best. Itulah kata hati suci Abang Nara apabila pertama kali mendengar lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka (bukan pemain bola sepak) featuring Zizan Raja Lawak. Namun apabila ada seorang pembaca menghantar email kepada Abang Nara supaya meneliti lirik tersebut, sememangnya ada mesej yang tidak berapa sesuai.

bawaku pergi

Antara kata-kata di dalam email tersebut:-

Kalau dengar melodi, memang sedap. Catchy je. Tapi, jika diamati semula lagu nih, kalian perasan x ada yang x kena? Lagu nih ada mention “jangan bilang sesiapa”,”kita terus ke sempadan” & sbgnya. Mommy cuba dengar sampai abes. Mungkin mereka BERNIAT UNTUK TUNJUK MUDA MUDI NOWADAYS yang buat perkara2 begini [lari dari umah]. Tapi, mcm mesej x abeh. Xde conclusion macam nasihat ke hape. Mmg gitu je.

Abang Nara pun dengan pantasnya mengkaji lirik lagu Bawaku Pergi ini dan memang ternyata ada benarnya kata-kata pengirim email tersebut. Antara bait-bait lagu ini ialah:-

tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Kalau tak salah tafsiran Abang Nara, “buku merah” yang dimaksudkan ialah passport. Adakah lirik lagu ini menggalakan remaja lari dari rumah dan seterusnya mencari keenjoyan di luar negara? Lirik sepenuhnya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Apa kata anda?

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


187 responses to “Lirik Lagu Bawaku Pergi Nyanyian Kaka Feat Zizan Ada Mesej Galakkan Remaja Lari Dari Rumah?”

  1. Corey says:

    kalo kita x terpengaruh nak lari dari rumah jangan ingat orang lain pun sama dengan kita. Sebab manusia ni tahap pemahaman dan panjang akalnya berbeza. Lagu, filem dan iklan memang boleh mempengaruhi tindakan manusia. Kat dalam lirik tu x de sebut pun nak pegi Bali lah, nak pegi gunung Everest lah. Yang jelas disebut pasal jangan bagitahu papa & mama, bawak pasport sampai sempadan, pastu nikmat di dataran puncak dunia. Bunyi nya memang mcm menggalakkan remaja lari ikut kekasih ke luar negara atau pegi jadi keldai dadah untuk melancong percuma

  2. bella says:

    Disebabkan lagu, umat islam gaduh2. Btpe bergaduh pasal lirik lagu. Bergaduh itukan haram. Lagi besar dosanya daripada lari rumah. Akai ada? Guna.

  3. insan biasa says:

    pelik la napa lagu nie nk diharamkan…rsanya lirik nie lebih baik dri lirik lagu yg ad perkataan yg x sptutnya bagi kta sebgai org timur yg penuh ksopanan dan adab like bercumbu,b’peluk, n mcm2 lagi la. rsanya lirik yg mcm 2 yg ptut d haramkan.remaja akn lbih trikut utk melakukan perlakuan mcm 2.fikir2 kn la

  4. aku says:

    lagu lari ikut keldai dadah takder ka?? lagu lari ikut mat afrika, lagu isteri lari ikut kekasih… lagu lari ikut kekasih hati… asal dengar lagu nak lari dari rumah??? isu lari dari rumah dah berkurun jadinya… dan yang terkini masuk paper dah tentunya femes daaa… kes lari dari rumah punya pasal takkan dengar lagu nih kot?

  5. ehhe says:

    dlm lirik lagu ni ada dua part:
    1. luahan nafsu yg membuak2 dan tindakan susulan drpd nafsu.
    2. faedah yg dpt dr tindakan tu = sia2 je.
    sape yg bijak bistari pasti akan jumpa part2 tersebut.

Loading...