“Jauhi Lelaki Suka Melepak”- Dr Say Pesan Wanita Agar Pilih Suami Yang Baik, Tak Lebihkan Kawan Dari Isteri

Hiburan

“Jauhi Lelaki Suka Melepak”- Dr Say Pesan Wanita Agar Pilih Suami Yang Baik, Tak Lebihkan Kawan Dari Isteri

Doktor selebriti dan juga personaliti TV, Dr Say Shazril ada menitipkan pesanan ikhlas kepada para wanita yang mencari bakal suami agar tidak tersilap pilih pasangan di Instagram miliknya baru-baru ini.

Pesanan itu merupakan respon kepada satu hantaran yang tular mengenai seorang suami yang merungut kerana tidak dibenarkan melepak bersama kawan-kawan oleh isterinya kerana anak mereka merindukan kehadiran bapa di sisi.

Advertisement

Kata Dr Say di hantaran panjang lebarnya itu, seorang lelaki yang sudah berkahwin dan bergelar bapa perlu tahu batas dan peka dengan keadaan isteri dan ahli keluarganya di rumah.

Ujarnya, tidak salah bagi seorang suami untuk berkawan namun patut sedar akan perubahan gaya hidup setelah berumah tangga.

Mungkin ada yang cakap ‘boleh lah Dr Say cakap macam ni sebab saya tengok doktor macam tak ada kawan je’.

Saya ada ja kawan cuma lepas kahwin terutamanya lepas ada dua anak ni kawan bukan lagi keutamaan saya.

Tambah bapa kepada dua anak ini, lelaki yang bergelar suami haruslah bertimbang rasa dan bertolak ansur dengan isteri dan sama-sama menjaga amanah yang dikurniakan Ilahi dengan baik.

Paling tidak boleh diterima Dr Say yang juga merupakan seorang model ini adalah apabila ada lelaki yang mengugut untuk menceraikan isteri kerana mendakwa telah ‘memalukan’ dia di hadapan rakan-rakan dek kerana tidak dibenarkan melepak.

“Kepada wanita-wanita yang masih belum berkahwin tolonglah jauhi lelaki kolot dan selfish macam ni. Kepada wanita yang dah ter-kahwin lelaki macma ni, my prayers are with you.”  tulisnya lagi.

Dr Say
2 years ago

"Suka Tutup Telinga Walaupun Tak Bising" - Dr Say Minta Ibu Bapa Peka Tanda Anak Autisme

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...