Jatuh Dari Tingkat 29, Lelaki Maut Kepala Terputus Dari Badan

Berita

Jatuh Dari Tingkat 29, Lelaki Maut Kepala Terputus Dari Badan

Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas terjatuh dari tingkat 29 bangunan perniagaan di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki warga asing berusia 43 tahun itu ditemui dengan keadaan kepalanya terputus daripada badan.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mayat mangsa ditemui orang awam yang berada di lokasi.

Kepala

Siasatan awal mendapati, mangsa bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran di tingkat 29 bangunan berkenaan.

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat berada di balkoni pada 2.46 petang sebelum kelibatnya tidak kelihatan lagi dipercayai terjatuh dari balkoni itu.

Difahamkan, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

piala FA
9 months ago

Patah Hidung & Pendarahan Di Kepala, Lelaki Dakwa Cedera Dipukul Anggota JMF Ketika Piala FA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...