Patah Hidung & Pendarahan Di Kepala, Lelaki Dakwa Cedera Dipukul Anggota JMF Ketika Piala FA

Berita

Patah Hidung & Pendarahan Di Kepala, Lelaki Dakwa Cedera Dipukul Anggota JMF Ketika Piala FA

Seorang penonton mendakwa dirinya dipukul oleh anggota Johor Military Force (JMF) ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City.

Menerusi laporan Berita Harian, mangsa yang berusia 30 tahun itu turut mendakwa dirinya mengalami kecederaan dan telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan.

Difahamkan, mangsa telah pulang ke Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, seterusnya ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Keadaan mangsa baik dan stabil.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 326 kanun keseksaan iaitu cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang merbahaya.

Orang ramai yang melihat kejadian dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azman
9 months ago

"Anak Saya Bagitahu PU Azman Meraba-Raba & Menghisap Kemaluannya" - Saksi Keempat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...