“Jantung Aku Macam Nak Luruh Ni” – Nyaris Digilis Lori, Lelaki Sempat Bangun & Lari Dalam Masa 3 Saat

Kehidupan

“Jantung Aku Macam Nak Luruh Ni” – Nyaris Digilis Lori, Lelaki Sempat Bangun & Lari Dalam Masa 3 Saat

Inilah yang dikatakan pantang maut sebelum ajal. Satu rakaman dari dashcam sebuah kereta menunjukkan kemalangan berlaku melibatkan penunggang motosikal ketika cuaca hujan.

Video berdurasi 16 saat itu mempamerkan seorang lelaki berbaju putih yang menunggang motosikal tiba-tiba terjatuh di lorong tengah disebabkan keadaan jalan yang basah dan licin.

Advertisement

Ketika terjatuh, lelaki tersebut dilihat pantas terus bangun dan melarikan diri ke lorong kiri selepas ternampak sebuah lori dipandu laju menuju ke arahnya.

Hanya dalam tempoh lebih kurang tiga saat lelaki tersebut berjaya melarikan diri. Lori tersebut dilihat berhenti dan lelaki itu kemudian bangun terus bergerak ke arah belakang lori, dipercayai untuk pergi memeriksa motosikalnya.

Menurut mStar, kejadian itu berlaku Isnin lalu pada jam 2.17 petang namun lokasinya tidak dapat dipastikan. Rakaman itu kini tular di platform media sosial dan ramai netizen memberikan respon masing-masing.

Rata-ratanya meluahkan rasa syukur kerana lelaki itu berjaya menyelamatkan dirinya daripada digilis lori. Malah ada yang mencadangkan agar dia melakukan sujud syukur kerana masih dipanjangkan umur.

Allahuakbar. Sikit lagi je. Jantung aku macam nak luruh dah ni. Nyawa dia panjang. Alhamdulillah.”

Diharap agar semua berhati-hati di jalan raya terutamanya ketika musim hujan seperti sekarang kerana malang tidak berbau.

kejar pasangan curang, ibu anak kemalangan
2 years ago

Padah Kejar 'Boyfriend' Curang, Ibu & Anak Kemalangan Rempuh Kereta Di Lampu Isyarat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...