Baru-baru ini, satu video di TikTok memaparkan sedutan episod 7 drama Andai Itu Takdirnya telah meraih perhatian ramai, lagi-lagi apabila dialog yang dilemparkan oleh Puteri Sarah seakan-akan ‘kena’ dengan situasi yang dihadapinya.
Kebanyakkan penonton terkesan dengan watak dipegang oleh Puteri Sarah iaitu Umi yang tidak takut untuk ‘memaki’ Aizril (Shukri Yahaya) kerana menyeksa isterinya, Aleya (Hannah Delisha).
Dialog serta nada suara yang dilontarkan oleh pelakon tersebut umpama dirinya melepaskan kemarahan yang terpendam.
Malah, setiap perkataan dalam dialog yang diperkatakan menjadi perhatian kerana cara Sarah mempanyaikan memang penuh dengan perasaan.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen terkejut dengan cara lakonan Puteri Sarah itu kerana sebelum ini dia sering membawa watak lemah-lembut.
Dalam pada itu, ada juga berseloroh mengatakan ibu kepada dua orang cahaya mata itu melepaskan geram terhadap suami, Syamsul Yusof yang berlaku curang terhadap dirinya.