(VIDEO) “Penyokong Lelaki Tegar Syamsul Check Balik Kot! Saya Yang Beli Beras Dan Lauk” – Puteri Sarah

Hiburan

(VIDEO) “Penyokong Lelaki Tegar Syamsul Check Balik Kot! Saya Yang Beli Beras Dan Lauk” – Puteri Sarah

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof terus berpanjangan setelah pengarah terbabit enggan menceraikan isterinya, semalam di Mahkamah Rendah Syariah.

Melalui temubual Oh Bulan bersama Puteri Sarah, wanita itu sempat memberi amaran kepada penyokong-penyokong tegar Syamsul terutamanya kaum lelaki yang masih menyebelahi pengarah itu.

Advertisement

Menurut Sarah, istilah ‘beli beras’ tidak wujud dalam hidupnya kerana diri sendiri yang bekerja keras setiap hari.

Kepada penyokong-penyokong lelaki di luar sana yang tegar menyokong Syamsul Yusof itu, yang kata kita beli beras. Check balik kot! Saya yang beli beras dengan lauk semua.

Sebelum ini, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.

Kemelut rumah tangga pasangan tersebut mula diperkata ramai setelah pelakon wanita terbabit memberitahu suaminya mempunyai ‘orang ketiga’ tetapi Syamsul mengambil tindakan untuk berdiam diri sehinggalah Januari lalu, dia mendedahkan diri sudah pun berkahwin untuk kali kedua bersama Ira Kazar.

2023-03-08 09:43:22

"Abang Dah Tahu Dah" - Baru 5 Tahun, Syaikhul Mengaku Pada Yusof Haslam Tahu Masalah Ibu Bapanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan