Baru-baru ini, di platform TikTok seorang pengguna ada memuat naik semula sedutan pelakon, Izreen Azminda ditemubual oleh pihak Melodi mengenai isu dia dituduh ‘demand’ serta kes tikam belakang.
Melalui temubual itu, Izreen menjelaskan bahawa dirinya lebih memilih untuk terima ‘job’ yang tidak mengambil jangka masa yang lama memandangkan dia kini mempunyai keluarga yang perlu dijaga.
Selain itu, menjawab isu ‘tikam belakang’ serta individu yang ingin menjatuhkannya, Izreen memberitahu zaman-zaman ‘bertengkar’ sudah pun berlalu, asalkan tidak melampaui batas.
Wartawan turut bertanya status ‘panas’ di media sosialnya, pelakon tersebut berkata dia menulis status tersebut secara ‘general’ dan seandainya ada individu terasa, itu terpulang kepada mereka.
Dalam pada itu, dia berkata ada kenalannya cuba memporak perandakan keadaan sekeliling tetapi Izreen sama sekali tidak mahu membalas kejahatan yang dilakukan dan sedia untuk berbaik selagi rahsia yang dipegang olehnya tidak terbongkar.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih hampir 500,000 tontonan dan lebih 10,000 tanda suka daripada pengguna platform media sosial tersebut.