“Jangan Tegur..” – Isteri Bengang Aizat Amdan Dikutuk Gemuk, Dituduh Bapa Tak Ajar Solat

Hiburan

“Jangan Tegur..” – Isteri Bengang Aizat Amdan Dikutuk Gemuk, Dituduh Bapa Tak Ajar Solat

Baru-baru ini, penyanyi Aizat Amdan telah selamat melangsungkan majlis penikahan bersama wanita pilihan hati yang juga merupakan pengurusnya, Elyssa Alia.

Menurut Elyssa, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja cabaran termasuk menerima tempias dunia glamour suaminya.

Advertisement

Namun, menolak tohmahan berkaitan body shaming mengenai suaminya atau yang menyentuh nama ibu bapanya.

Saya tak kisah orang tegur pasal perangai atau rupa saya tapi saya harap sesiapa lepas ni, bila jumpa Aizat, jangan tegur dia ‘eh kau dah berisilah’.

Malah, dia berlapang dada menerima segala kritikan namun mengingatkan khalayak ramai agar jangan bersikap kejam menghakimi apa yang tidak sepatutnya.

Jangan sampai cakap benda-benda yang menyakitkan hati sampai melibatkan ibu bapa saya. Kononnya, bapa tak ajar saya sembahyang.

Mengakui cara pemakaiannya tidak sempurna, Elyssa berkata dia sedang mencuba untuk jadi yang lebih baik dan menegaskan bahawa dalaman seseorang lebih penting berbanding luaran mereka.

Pantang betul, orang kacau keluarga saya. Nak cakap saya bodoh ke bangang, saya tak kisah tapi tolong jangan sentuh keluarga atau tubuh saya.

Info tambahan, Aizat Amdan sah bergelar suami kepada pasangannya, Elyssa Alia Illias dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A-Park pada 14 Ogos lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Berpakaian Tapi Telanjang" - Zizie Izette Muat Naik Foto Di Instagram, Netizen Tanya 'Dah Bersara Pakai Tudung Ke?'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    August 16, 2022 at 10:48 pm

    nobody cares NEXXXXTTTTTT

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...